Kemaraan Young Tigers disekat India di separuh akhir Piala Remaja Asia 2024

Iklan
Aksi pemain Young Tigers ketika menentang India dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Hoki Oman Al Marat, Muscat pada Selasa. Foto Konfederasi Hoki Malaysia

IMPIAN skuad hoki remaja negara ke perlawanan akhir Piala Remaja Asia 2024 tersekat apabila tewas 1-3 kepada penyandang juara, India dalam aksi separuh akhir di Stadium Hoki Oman Al Marat, Muscat pada Selasa.

The Young Tigers bimbingan yang sebelum itu tewas kepada Pakistan 1-4 dalam terakhir Kumpulan B tampil ke separuh akhir dengan status naib juara bermula garang.

Iklan
Iklan

Biarpun begitu kelicikan India menyaksikan penyerang Dilraj Singh meletakkan pasukannya memimpin permainan dengan gol padang minit ke-10 untuk mendahului separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, India yang juga juara Kumpulan A meningkatkan tekanan menerusi dua gol dijelmakan hasil pukulan sudut penalti Rohit minit ke-45 diikuti Sharda Nand Tiwari (m-53) untuk melebarkan jaringan.

Iklan

Young Tigers yang tidak mengalah kembali merapatkan defisit apabila penalti stroke Azimuddin Syakir Kamaruddin minit ke-57 menggegarkan jaring skuad bimbingan PR Sreejesh berkenaan.

Keputusan itu menyaksikan Young Tigers akan berdepan Jepun dalam perlawanan penentuan tempat ketiga keempat selepas negara mata hari terbit tersebut tewas 2-4 kepada Pakistan dalam satu aksi separuh akhir.

Iklan