Tengku Mahkota Kelantan cemar duli lawat mangsa banjir

Iklan
Tengku Mahkota Kelantan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada ketua isi rumah bagi meringankan beban rakyat yang terkesan dengan bencana banjir.

PASIR MAS - Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan mencemar duli melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Ugama Arab Ismailiah Binjai Manis, Pohon Buloh di sini pada petang Selasa.

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Kelantan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Iklan
Iklan

Selain itu, Tengku Mahkota juga berkenan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada ketua isi rumah (KIR) bagi meringankan beban rakyat yang terkesan dengan bencana tersebut.

Mohd Nassuruddin mengiringi Tengku Mahkota Kelantan yang berkenan mencemar duli melawat penduduk yang terjejas dengan banjir di PPS Sekolah Menengah Ugama Arab Ismailiah Binjai Manis, Pohon Buloh, Pasir Mas pada petang Selasa.
Iklan

Sementara itu, Mohd Nassuruddin menzahirkan ucapan junjung kasih diatas keprihatinan baginda.

Iklan

Katanya, keberangkatan Tengku Mahkota memberi sinar kepada rakyat untuk terus tabah mengharungi ujian tersebut.