AIBIM tingkat bantuan untuk mangsa banjir

Iklan
Industri perbankan Islam di Malaysia akan terus meningkatkan bantuan kepada mangsa banjir yang terkesan ketika ini.Gambar hiasan

SHAH ALAM - Industri perbankan Islam di Malaysia akan terus meningkatkan bantuan kepada mangsa banjir yang terkesan ketika ini.

Pengarah Eksekutif Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), Ratna Sha’erah Kamaludin berkata, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh individu, keluarga serta perniagaan yang terkesan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelanggan dinasihatkan berbincang dengan institusi perbankan masing-masing untuk mendapatkan jadual penyusunan semula pembiayaan bagi meringankan beban kewangan dalam tempoh pemulihan.

"Gantian kad bank yang rosak akibat banjir secara percuma boleh diuruskan di cawangan bank berdekatan.

Iklan

"Akses kepada perkhidmatan perbankan asas seperti urusan di kaunter dan mesin layan diri akan terus disediakan di kawasan yang tidak terlibat serta maklumat terkini mengenai status cawangan yang terjejas akibat banjir akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

"Pelanggan juga digalakkan menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian sebagai alternatif bagi memudahkan urusan kewangan mereka secara selamat dan efisien,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Mengulas lanjut, menurut Ratna Sha’erah, pihak institusi perbankan Islam juga menyediakan agihan bantuan kemanusiaan seperti barangan keperluan asas untuk mangsa banjir melalui kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkuasa tempatan

Tambah beliau, pelanggan terjejas perlu segera menghubungi institusi perbankan masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan.

Beliau berkata, industri perbankan akan terus bersama-sama masyarakat Malaysia dan memastikan setiap bantuan yang diberikan mampu memenuhi keperluan semasa mangsa banjir.

"Pelanggan dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan diri dan keluarga terlebih dahulu. Sebarang urusan berkaitan bantuan perbankan harus dilakukan melalui saluran rasmi bagi mengelakkan penipuan kewangan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Untuk maklumat lebih lanjut, pelanggan boleh menghubungi bank masing-masing atau sekretariat AIBIM di emel staff@aibim.com,” katanya.