Peniaga teh dihina depan khalayak, pendakwah mohon maaf

Iklan
Peniaga teh berkenaan semasa membawa minumannya untuk dijual. Foto Agensi

JAKARTA - Seorang pendakwah yang mencetuskan kontroversi berhubung dakwaan mengeluarkan ucapan kesat dan hinaan kepada seorang peniaga teh tampil memohon maaf.

Pendakwaah yang dikenali sebagai Miftah Maulana Habiburrahman menjelaskan bahawa beliau hanya mahu 'bergurau' ketika mengungkapkan perkataan itu kerana sudah terbiasa bersikap sedemikian.

Iklan
Iklan

"Saya Maulana Habiburrahman mahu menjelaskan tentang video yang tular hari ini, yang pertama dengan kerendahan hati, saya meminta maaf atas kekhilafan saya," katanya menerusi satu hantaran pada Rabu.

Sebelum itu tular sebuah klip video berhubung dakwaan cercaan berkenaan.

Gus Miftah. Foto Agensi

Iklan

Miftah Maulana atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah dalam klip itu kelihatan menghina peniaga teh yang kebetulan menjual air minumannya itu semasa pendakwah berkenaan berada di sebuah pentas dalam satu program.

"Air teh mu masih banyak tak? Masih? ya di sana jual, jual dulu, nanti kalau masih belum laku, ia sudah takdir," demikian kata Miftah menerusi hantaran video yang tular tersebut.

Iklan

Klip itu menerima pelbagai reaksi daripada warga Indonesia yang ternyata turut tersinggung dengan cercaan tersebut.

Sementara itu, peniaga teh itu kini mendapat pelbagai 'rezeki' di mana ada tawaran daripada pelbagai pihak yang mahu menaja dia untuk menunaikan umrah. -Agensi

Ringkasan berita:

  • Pendakwah Miftah Maulana Habiburrahman (Gus Miftah) tampil memohon maaf selepas video tular papar dia keluar kata menghina seorang peniaga teh.
  • Gus Miftah jelaskan ucapan tersebut adalah gurauan dan dia akui kesilapan.
  • Dalam video tersebut, Gus Miftah dilihat mengkritik peniaga teh semasa berada di atas pentas sebuah program.
  • Ucapan Gus Miftah mencetuskan pelbagai reaksi negatif daripada warga Indonesia yang merasa tersinggung dengan kata-katanya.
  • Peniaga teh tersebut kini mendapat sokongan ramai, termasuk tawaran tajaan untuk menunaikan umrah.
Dijana oleh AI