Bayar zakat RM500 kepada LZS layak terima khairat kematian RM1,500

Iklan
Ahmad Fadhil (kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima semasa Majlis Pelancaran Kempen Sama-sama Kongsi di LZS, Seksyen 13 pada Rabu.

SHAH ALAM - Umat Islam yang membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM500 layak menerima sumbangan khairat kematian sebanyak RM1,500 berkuat kuasa pada Januari tahun depan.

Ketua Pegawai Operasi LZS, Ahmad Fadhil Hassan berkata, skim yang dilancarkan bermula Oktober lalu itu melayakkan pembayar zakat menerima sumbangan khairat jika berlaku kematian selepas tempoh tiga bulan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, inisiatif itu diperkenalkan LZS bagi meringankan beban waris selepas pembayar zakat meninggal dunia.

"Mana-mana individu yang sudah membayar zakat pada bulan Oktober, November dan Disember tahun ini, mereka layak untuk memohon sumbangan khairat pada Januari tahun depan," katanya ketika ditemui pada Majlis

Iklan

Pelancaran Kempen Sama-sama Kongsi di LZS, Seksyen 13, di sini pada Rabu.

Ahmad Fadhil memberitahu, selain itu, terdapat dua lagi inisiatif diperkenalkan LZS yang menawarkan manfaat kepada pengeluar zakat di negeri ini.

Iklan

Ujar beliau, LZS memperkenalkan dua lagi inisiatif lain yang memberi manfaat kepada pengeluar zakat melalui wakalah dan 'Siddiq'.

Jelas beliau, mana-mana pengeluar zakat yang membayar zakat serendah RM20,000 mereka berpeluang menjadi wakil LZS untuk mengagihkan sendiri wang zakat yang ditunaikan kepada asnaf layak berdasarkan syarat dan garis panduan ditetapkan.

"Pemberian wakalah ini menggalakkan pembayar menunaikan kewajipan ini kerana mereka merasakan berhak untuk mengagihkan kepada asnaf layak," ujar beliau.

Selain itu, katanya, LZS turut membantu pembayar zakat menerusi Siddiq yang membolehkan pembayar zakat harta minimum sebanyak RM500 layak menerima sumbangan pendidikan.

"Inisiatif Siddiq ini melayakkan anak-anak pembayar zakat menerima sebanyak RM100 dengan maksimum lima orang anak yang berusia tujuh hingga 17 tahun," jelas beliau.