Wanita bengang dua kali rim tayar kereta dicuri

Iklan
Perodua Kenali dipandu suspek meletakkan kenderaan disebelah kereta mangsa. Lelaki (kanan) yang didakwa suspek berhubung kejadian kecurian rim serta tayar kereta mangsa.

SELAYANG - Seorang wanita bengang apabila dua kali menjadi mangsa kecurian rim serta tayar kereta di kawasan perumahan Selayang Height di sini.

Wanita itu turut berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian terbaharu pada 1 Disember lalu yang memaparkan modus operandi dilakukan suspek.

Iklan
Iklan

Menerusi video terbabit, mangsa mendakwa perbuatan tersebut dilakukan seorang lelaki yang memakai t-shirt merah menaiki sebuah Perodua Kenari dan meletakkan kenderaan pada kotak parkir di sebelah keretanya.

"Dia bijak, buka pintu belakang untuk alihkan perhatian orang, jadi bila orang tengok mungkin (ingat) dia tengah baiki kereta.

Iklan

"Aku syak macam tu... Dia buka pintu belakang kemudian turunkan kerusi pemandu dan mula buka nat sport rim kereta.

Iklan

Ringkasan berita:

  • Kecurian Rim dan Tayar Kereta: Seorang wanita di Selayang Height menjadi mangsa kecurian rim dan tayar kereta buat kali kedua, terbaharu berlaku 1 Disember lalu.
  • Modus Operandi Suspek: Mangsa berkongsi rakaman CCTV yang menunjukkan seorang lelaki memakai baju T merah, menaiki Perodua Kenari. Suspek parkir keretanya di sebelah kereta mangsa, buka pintu belakang untuk alih perhatian dan curi sport rim kereta mangsa dengan peralatan lengkap.
  • Modus Operandi Suspek: Mangsa dakwa suspek mencuri waktu pagi ketika penduduk keluar bekerja dan syak suspek intip lokasi terlebih dahulu.
  • Laporan Polis dan Harapan Mangsa: Mangsa telah buat laporan polis dan harap suspek ditangkap.
Dijana oleh AI

"Nat yang digunakan ini sangat selamat jadi agak susah untuk dibuka, jadi dia mungkin bawa peralatan yang cukup lengkap, mungkin dia dah intip awal," katanya menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok.

Wanita itu berkata, suspek licik melakukan perbuatannya pada waktu pagi ketika penduduk keluar bekerja.

Katanya, laporan polis berhubung kejadian terbabit telah dibuat dan berharap pelaku ditangkap serta dikenakan tindakan setimpal.

"Walaupun kejadian terbaru hanya melibatkan satu sport rim, namun ini adalah kejadian kali kedua menimpa saya.

"Saya pasti ini dilakukan individu sama, saya harap orang awam yang mempunyai maklumat boleh salurkan maklumat bagi membolehkan disalurkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.