Berjalan berdua, kelibat terakhir Dhiya Sabiha dilihat di Kota Puteri

Iklan
Poster mengenai kehilangan Dhiya Sabiha.

KUALA SELANGOR - [DIKEMAS KINI]"Ada seorang kakak penjual nasi lemak nampak Dhiya Sabiha berjalan berdua pagi ini di Kota Puteri, Seksyen 8, Batu Arang, Selangor dengan membawa beg galas kecil".

Iklan
Iklan

Demikian kata Razali Jais mengenai kehilangan anak tunggalnya yang dipercayai keluar rumah sekitar jam 4 petang di Bestari Jaya, di sini pada Selasa.

Menurutnya, penjual nasi lemak itu nampak Dhiya Sabiha berjalan kaki berdua dengan seorang perempuan sekitar jam 8 pagi.

Iklan

Razali berkata, dia sekeluarga menyedari kehilangan anaknya yang berusia 21 tahun itu sekitar jam 6 petang semalam.

Katanya, anaknya itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan ahli keluarga termasuk dengan suaminya, Mohd Asyraf Hasbullah.

Iklan

"Tidak ada sebarang pergaduhan atau perselisihan faham kami sekeluarga dengan Dhiya Sabiha.

"Malah saya sempat bergurau dengannya semasa Dhiya Sabiha memasak makanan untuk makan tengah hari sekitar jam 1 petang di rumah.

"Dhiya Sabiha dan saya juga bergelak ketawa ketika memasak. Tidak ada sebarang kelakuan aneh ditunjukkan olehnya," katanya.

Razali berkata, semasa kejadian, Dhiya Sabiha berseorangan di rumah dan dia sekeluarga tidak tahu dengan siapa Dhiya Sabiha keluar.

"Anak saya tidak pandai memandu kenderaan.

"Usaha pencarian telah dilakukan sejak semalam dan laporan polis telah dibuat pagi ini sekitar jam 8.30 pagi.

Katanya, mereka sekeluarga cuba menghubungi telefon bimbit Dhiya Sabiha, namun tidak dapat dihubungi.

Tambahnya lagi, Dhiya Sabiha juga telah keluar daripada semua 'group WhatsApp' ahli keluarga.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang melihat dan menemukan Dhiya Sabiha boleh menghubungi di talian 0193869755 atau menghubingi Mohd Asyraf di talian 0197244280.

Ringkasan berita:

  • Kehilangan Dhiya Sabiha: Dhiya Sabiha berusia 21 tahun, dilapor hilang setelah keluar dari rumah pada Selasa sekitar jam 4 petang di Batang Berjuntai, Selangor.
  • Terakhir Ditemui di Kota Puteri: Seorang penjual nasi lemak melaporkan melihat Dhiya Sabiha berjalan bersama seorang perempuan di Kota Puteri, Seksyen 8, Batu Arang, sekitar jam 8 pagi pada Rabu. Dhiya dilihat memakai jubah putih dan bertudung.
  • Keadaan Keluarga: Ayah Dhiya, Razali Jais, mengesahkan tiada masalah dalam keluarga sebelum kejadian. Dia dan Dhiya sempat bergurau semasa Dhiya memasak pada petang sebelumnya. Dhiya juga tidak memiliki masalah dengan suaminya, Mohd Asyraf Hasbullah.
  • Pencarian dan Laporan Polis: Keluarga menyedari kehilangan Dhiya sekitar jam 6 petang pada Selasa dan telah membuat laporan polis pada pagi Rabu. Usaha pencarian dilakukan namun telefon bimbit Dhiya tidak dapat dihubungi, dan dia juga keluar daripada semua grup WhatsApp keluarga.
  • Permohonan Maklumat: Orang ramai yang melihat atau menemui Dhiya boleh hubungi talian 0193869755 (Razali) atau 0197244280 (Mohd Asyraf).
Dijana oleh AI