Pasangan kekasih dicekup miliki syabu

Iklan
Polis menemui dadah susulan penahanan dua suspek di Subang Jaya pada Selasa.

SUBANG JAYA - Pasangan kekasih dicekup polis selepas didapati menyimpan dan memiliki dadah jenis syabu di rumahnya di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek lelaki berusia 45 tahun bekerja sebagai buruh binaan ditahan ketika menunggang motosikal jenis Modenas Kris dalam keadaan mencurigakan di kawasan Dewan Serbaguna MBSJ SS15/4 Subang Jaya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan terhadap suspek tidak menemui barangan salah, namun semakan lanjut mendapati dia mempunyai rekod orang dikehendaki berkaitan Seksyen 420 Kanun Keseksaan selain empat rekod jenayah lampau serta tiga rekod narkotik.

"Soal siasat awal suspek mengaku menyimpan dadah jenis syabu di sebuah rumah.

Iklan

"Suspek telah membawa polis ke rumah itu dan menunjukkan bilik kedua sebelum keluar suspek wanita berusia 22 tahun,” katanya pada Rabu.

Beliau berkata, semakan mendapati wanita itu mempunyai dua rekod lampau narkotik.

Iklan

"Pemeriksaan lanjut menjumpai satu beg berwarna merah biru yang mengandungi 15 peket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 8.5 gram.

"Kedua-dua suspek telah direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.