'SPRM bersihkan nama saya atas dakwaan penyelewengan' - Halim Saad

Iklan
Halim Saad

SHAH ALAM - Ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membersihkan namanya daripada siasatan atas dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion membabitkan pembelian saham syarikat tersenarai oleh sebuah konglomerat Malaysia 26 tahun lalu.

Iklan
Iklan

Beliau memaklumkan, surat pelepasan rasmi diterima daripada agensi tersebut pada 4 Disember tahun lalu dan kini bekerjasama sebagai saksi.

"Surat ini mengesahkan bahawa tiada bukti sebarang salah laku daripada pihak saya berkaitan dengan siasatan tersebut.

Iklan

"Tetapi, saya akan terus terlibat dalam siasatan berkenaan sebagai saksi. Saya akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Halim, kenyataan itu dibuat susulan pertanyaan mengenai siasatan dimulakan oleh SPRM yang membabitkan tokoh-tokoh politik dari tahun 1990-an.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan SPRM sedang menyiasat seorang bekas menteri kanan dan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri berhubung dakwaan penyelewengan dana negara.

Laporan berkenaan yang memetik sumber menyatakan, SPRM mula menyiasat kedua-dua individu terbabit selepas nama mereka tersenarai dalam Pandora Papers, sebagai watak yang mempunyai kaitan dengan tempat berlindung cukai luar pesisir.

Halim yang kini berkecimpung dalam industri minyak dan gas (O&G) di luar negara, membidas laporan sebuah akhbar yang mengaitkan dirinya dalam pemerolehan saham bernilai RM2.3 bilion.

Dalam laporan itu, sumber SPRM dikatakan mengesahkan transaksi berkenaan membabitkan pembelian 32.6 peratus kepentingan atau 722.9 juta saham dalam Renong Bhd oleh United Engineers (M) Bhd (UEM) pada harga RM2.3 bilion pada November 1997, sewaktu krisis kewangan Asia.