'Perang dua penjuru' landa Syria

Iklan
Pertempuran makin sengit setelah tentera kerajaan melancarkan serangan balas di kawasan ditawan HTS. - Foto Agensi

DAMSYIK - Syria berdepan satu lagi pertempuran sengit melibatkan tentera kerajaan dan puak pembangkang, Pasukan Demokratik Syria (SDF) disokong Amerika Syarikat (AS) yang tercetus di timur laut negara itu pada awal pagi Rabu.

Ia sekali gus, membuka satu lagi medan tempur yang mencetuskan 'perang dua penjuru' setelah tentera rejim Presiden Bashar al-Assad kehilangan Aleppo di tangan puak pemberontak pada minggu lalu.

Iklan
Iklan

Badan pemantau perang Damsyik memaklumkan tentera kerajaan berjaya menangkis serangan SDF bersama sekutunya di wilayah Deir Ezzor, sehari selepas pertempuran ganas di kawasan timur yang bersempadan Iraq.

"Serangan sejak Selasa yang menyasarkan pejuang pro-Iran itu turut disertai kempen pengeboman unit udara AS dan meragut 16 nyawa termasuk dua orang awam,” ujar Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, tentera rejim Bashar memperhebatkan operasi dengan melancarkan serangan balas berhampiran Hama setelah puak pemberontak dipimpin Hayat Tahrir al-Sham (HTS) semakin mara ke wilayah utara itu.

Ketika ini, Rusia yang merupakan sekutu rapat Syria memaklumkan ia saling berhubung rapat dengan Iran dan Turkiye bagi mengawasi perkembangan di Damsyik.

Iklan

Teheran juga memberitahu ia mungkin mempertimbangkan langkah menghantar pasukan tentera ke Syria jika terdapat keperluan mendesak.

Sementara itu, Perdana Menteri Iraq, Shia al-Sudani menegaskan Baghdad tidak akan hanya menjadi 'penonton' peningkatan konflik di Damsyik dan beliau mendakwa serangan Israel telah menyebabkan kemaraan pemberontak. - Agensi

Ringkasan berita:

  • Pertempuran Sengit di Syria: Pertempuran sengit tercetus di timur laut Syria antara tentera kerajaan dipimpin Presiden Bashar al-Assad dan SDF, yang disokong oleh AS.
  • Perang Dua Penjuru: Konflik ini membuka medan tempur baru, menyusul kehilangan Aleppo oleh tentera rejim kepada pemberontak minggu lalu. Tentera kerajaan berjaya menangkis serangan SDF di wilayah Deir Ezzor, bersempadan dengan Iraq.
  • Kehilangan Nyawa: Serangan bermula Selasa melibatkan pengeboman udara oleh AS, mengakibatkan 16 kematian, termasuk dua orang awam.
  • Kerjasama Rusia, Iran, dan Turkiye: Rusia, sekutu rapat Syria, berhubung rapat dengan Iran dan Turkiye untuk memantau perkembangan di Damsyik. Iran juga mempertimbangkan menghantar pasukan tentera jika diperlukan.
  • Reaksi Iraq: Perdana Menteri Iraq, Shia al-Sudani, menyatakan bahawa Iraq tidak akan menjadi 'penonton dalam konflik ini dan menyalahkan serangan Israel atas kemaraan pemberontak.
Dijana oleh AI