Lelaki culik remaja perempuan 15 tahun didakwa esok

Iklan
M. Kumar

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga China yang disyaki menculik dan melarikan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sekitar bandar raya ini pada 26 November lepas akan didakwa di Kompleks Mahkamah Johor Bahru esok.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, suspek berusia 22 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik atau melarikan dengan niat untuk mengurung secara sulit dan salah.

Iklan
Iklan

"Kertas siasatan kes ini telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor dan menerima arahan untuk pertuduhan di mahkamah esok.

"Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan hendaklah dikenakan denda," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Pada 27 November lepas, Kumar dilaporkan berkata pihaknya telah menahan suspek berusia 22 tahun dan berjaya menyelamatkan mangsa dipercayai dilarikannya di Kuantan, Pahang.

Kumar dipetik berkata, polis menerima laporan daripada bapa remaja itu yang juga warga China berusia 48 tahun, mengenai kehilangan anaknya selepas tidak hadir ke sekolah di Singapura 25 November lepas, dipercayai dilarikan individu tidak dikenali. - Bernama

Iklan