Calon SPM hilang, ibu rayu orang ramai cari Mohamad Jaffan

Iklan
Mohamad Jaffan Al Qharezme Mohamad Jalil yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kali terakhir dilihat oleh rakannya di sebuah stesen minyak di Segambut.

KUALA LUMPUR -"Tolong, kami sudah cari merata. Dia anak yang baik, bukan budak nakal, kami sekeluarga risau sangat."

Itu ungkapan pertama Rozita Nordin, 49, ketika dihubungi Astro Awani selepas anaknya dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas sesi persekolahan di Kepong, di sini, sejak semalam.

Iklan
Iklan

Mohamad Jaffan Al Qharezme Mohamad Jalil yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kali terakhir dilihat oleh rakannya di sebuah stesen minyak di Segambut.

Rozita berkata, dia sudah membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu semalam.

"Setiap hari saya hantar anak saya ini dan adiknya ke sekolah. Waktu pulang pula kami upah pemandu teksi yang sudah lama membantu mengambil anak saya sejak zaman abangnya lagi.

Iklan

"Semalam pemandu teksi itu tunggu anak saya bersama adiknya, lebih sejam juga tunggu tapi Jaffan tidak keluar dari kawasan sekolah sebelum pakcik teksi ini hubungi saya untuk maklumkan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

"Saya sudah buntu, sangat risau dengan keselamatan anak saya ini sebab Jaffan tidak pernah keluar rumah seperti ini, dia bukan jenis banyak kawan, dia selalu ke surau, saya boleh katakan dia memang anak yang baik,” ujarnya.

Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintenden Jasni Zolpa dalam kenyataan pada Rabu mengesahkan laporan berhubung kejadian diterima jam 9.11 malam di Balai Polis Kepong oleh bapa mangsa.

"Mangsa kali terakhir dilihat berpakaian sukan putih iaitu kemeja T sukan dan seluar tracksuit," katanya.

Katanya, kertas siasatan sudah dibuka mengikut kategori Orang Hilang dan usaha mengesan mangsa sedang dijalankan.

Orang ramai yang mengesan remaja terbabit boleh menghubungi bapanya, Mohamad Jalil Mohamad Kasim di talian 012-2140209 atau ibunya, Rozita di talian 012-2345823.