Rasuah ADUN Sabah: Video langsung tidak sebut Hajiji terlibat

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung gesaan sayap UMNO Sabah meminta Hajiji letak jawatan Ketua Menteri

KOTA KINABALU - Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Fairuz Renddan menegaskan bahawa video yang disebarkan tiada langsung menyebut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima atau terlibat dalam kes yang didakwa pihak tertentu.

Malah katanya, paparan video tersebut jelas membuktikan bahawa Ketua Menteri mengambil keputusan membatalkan Lesen Cari Gali itu kerana wujudnya pengaruh kartel.

Iklan
Iklan

"Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 17 November lalu telah mengeluarkan satu kenyataan media yang menyatakan telah memulakan proses siasatan.

"Sehingga hari ini, nama Ketua Menteri tiada langsung dipanggil untuk memberi keterangan sekali gus membuktikan beliau langsung tidak terlibat dengan kes tersebut.

Iklan

"Sehingga kini juga, berdasarkan sidang media oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 10 November lalu, tiada satu pun laporan yang dibuat kepada SPRM berkenaan penglibatan ADUN-ADUN di Sabah dengan tuduhan rasuah tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambah Fairuz lagi, siasatan SPRM sentiasa dijalankan secara telus dan bebas dan ia terpulang kepada pihak SPRM untuk mendedahkan hasil siasatan kepada umum.

Iklan

"Ini kerana jelas tiada apa yang perlu disembunyikan seiring kenyataan Ketua Menteri pada 12 November lalu 'kami tiada apa yang mahu disembunyikan'," katanya.

Susulan daripada itu, Fairuz berkata, gesaan Hajiji untuk melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri hanya boleh dilakukan melalui undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun peletakan jawatan Ketua Menteri sendiri.

"Oleh itu, secara perundangan, tiada satu pun peruntukan yang memberi hak kepada mana-mana pihak untuk mendesak agar Ketua Menteri meletakkan jawatan untuk membolehkan siasatan dijalankan secara telus dan adil.

"Suka untuk kami ingatkan, seorang ADUN juga pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah walaupun pada ketika itu beliau masih di dalam proses perbicaraan mengenai kes rasuah yang melibatkan jutaan ringgit dan ironinya, beliau tidak pernah melepaskan jawatan beliau dan baru-baru ini, Mahkamah Rayuan memerintahkan beliau untuk membela diri," katanya.

Sehubungan itu, Pemuda Gagasan Rakyat meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak berkuasa khususnya SPRM yang sedang menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.

"Pemuda Gagasan Rakyat akan terus menghormati proses undang-undang dan sesekali tidak akan terlibat dengan perbincangan serta provokasi di dalam media sosial," katanya.