Tiga lelaki terkandas dalam banjir gara-gara guna aplikasi nagivasi

Iklan
Anggota APM Segamat membantu mangsa di Kampung Pagoh Tengah. - Foto APM Segamat

SEGAMAT - Gara-gara menggunakan aplikasi navigasi kenderaan dinaiki tiga lelaki terkandas dan terpaksa meredah banjir ketika melalui Kampung Pogoh Tengah, pada petang Rabu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Segamat, Nor Hisyam Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.40 petang.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, enam anggota dan sebuah lori serta pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

"Kesemua mangsa dari arah Bekok dan ingin menuju ke Kuala Pilah. Mangsa menggunakan khidmat aplikasi navigasi bagi mendapatkan laluan Jalan ke Kuala Pilah.

Iklan

"Setibanya di lokasi, ketiga-tiga mangsa berusia lingkungan 40-an, mula meredah banjir dan terkandas, lalu menghubungi APM untuk meminta bantuan.

Anggota APM Segamat membantu mangsa di Kampung Pagoh Tengah. - Foto APM Segamat

"Kesemua mangsa berjaya diselamatkan menggunakan sebuah lori dan dibawa ke tempat selamat sebelum diambil oleh rakan mereka lalu dihantar ke Johor Bahru," katanya dalam kenyataan pada malam Rabu.

Iklan

Menurut beliau, paras air di laluan terbabit mencatatkan kedalaman 0.2 meter dan laluan tersebut kini ditutup oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi semua kenderaan ringan.