Waspada situasi di Korea Selatan

Iklan
Orang ramai berkumpul di pekarangan Perhimpunan Kebangsaan di Seoul pada 4 Disember. Foto AFP

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia yang berada di Korea Selatan masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan cakna mengenai krisis politik walaupun pengisytiharan undang-undang darurat negara itu ditarik semula pada Rabu.

Pempengaruh dikenali sebagai Kim Seri Eina yang menetap di Samyang, Gangbuk-gu, Seoul berkata, keadaan dilihat masih tegang terutamanya ketika perhimpunan oleh parti pembangkang, orang awam serta tentera yang berada di kawasan berkenaan.

Pempengaruh yang menetap di Korea Selatan dikenali sebagai Kim Seri Eina. Foto: Instagram kimseri_eina.

Iklan
Iklan

"Waktu darurat diumumkan, tentera membanjiri kawasan Seoul. Kawasan kejiranan saya agak bising kerana mereka saling bertanya apa yang sedang berlaku.

"Pada awalnya, saya rasa keadaan biasa sahaja tetapi tadi semasa di kelas, pensyarah menerangkan tentang situasi politik sekarang.

Iklan

"Katanya perlu sentiasa ambil tahu situasi semasa dan langkah berjaga-jaga dengan krisis politik yang berlaku. Keadaan juga masih tegang,” ujarnya pada Rabu.

Agensi berita Yonhap pada Selasa melaporkan, Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mengisytiharkan undang-undang tentera berikutan mendakwa parti pembangkang terlibat dalam ‘aktiviti antinegara yang merancang pemberontakan’.

Iklan

Bagaimanapun, Suk Yeol menarik balik pengisytiharan undang-undang darurat pada Rabu selepas ahli Parlimen menentang keputusan itu dan ribuan penunjuk perasaan turun ke jalanan.

Mohd Fikri. Foto: Instagram fikriakram

Dalam pada itu, seorang jurutera yang bekerja di Osong, Korea Selatan, Mohd Fikri Mohd Jumat berkata, situasi sudah kembali terkawal dan dalam keadaan selamat selepas penarikan semula pengisytiharan tersebut.

"Setakat ini nampak (keadaan) okey sebab presiden pun sudah tarik semula undang-undang tersebut selepas undi pagi tadi (Rabu) di Parlimen,” kongsinya.

Tangkap layar hantaran Kim Seri Eina menerusi Instagram mengenai situasi semasa di Korea Selatan pada Rabu.

Dalam pada itu, seorang lagi rakyat Malaysia yang sedang bercuti di Korea Selatan, Aliffya Dhalaliff berkata, pihak polis negara terbabit masih dilihat berkawal di sekitar Istana Gyeongbokgung walaupun keadaan sudah terkawal.

"Bagi saya, mungkin masih selamat untuk melancong ke sini kerana tiada apa-apa amaran daripada pihak berkuasa, cuma masih perlu berjaga-jaga,” ujarnya.