Saya tidak terlibat dengan akuan sumpah, kata Tun M

Iklan
Dr Mahathir

LANGKAWI - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tidak terlibat dengan sebarang Akuan Bersumpah (SD) untuk kekal memegang jawatan sebagai perdana menteri selama satu penggal.

Dr Mahathir berkata, laporan yang mengatakan terdapat satu SD yang mempunyai sokongan seramai 138 ahli parlimen supaya mengekalkan beliau sebagai Perdana Menteri, tidak melibatkan dirinya.

Iklan
Iklan

Katanya, beliau sendiri hairan bagaimana wujudnya angka seramai 138 Ahli Parlimen menandatangani SD tersebut.

"Hari ini Pakatan Harapan (PH) mempunyai majoriti. Bagaimana boleh dapat angka 138 itu. Saya yakin ini orang lain punya kerja dan saya tidak tahu mereka boleh buat macam itu," katanya ketika sidang media selepas Lawatan Tapak ke Projek Fasa 1, Rebungan Resort Langkawi di Padang Gaong, Mukim Ulu Melaka, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Saifuddin Nasution anggap SD sokong Dr Mahathir khabar angin

Iklan

Selasa lalu, Sarawak Report melaporkan sumber yang boleh dipercayai berkata, terdapat individu yang telah mengumpulkan ahli Parlimen dalam usaha menafikan keputusan PRU14.

Laporan itu turut mendakwa, ahli Parlimen yang setia kepada UMNO, Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah diminta untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menandatangani akuan berkanun itu untuk menyokong penangguhan peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar sehingga PRU akan datang.

Iklan
Anwar tidak tahu wujud akuan bersumpah halang jadi PM

Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuat naik hasil perbincangan pertemuannya bersama Dr Mahathir di akaun Twitter peribadinya.

Menurut Anwar, dalam pertemuan itu, beliau membangkitkan isu peralihan kuasa susulan terdapat laporan yang menyebut ada usaha daripada PAS, UMNO dan PKR yang dipercayai berusaha mendapatkan tandatangan (akuan berkanun - SD) menyokong kepimpinan Dr Mahathir sehingga akhir penggal.