Staf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian

Iklan
video berdurasi satu minit 28 saat itu memaparkan seorang wanita datang ke kedai berkenaan untuk membeli sepotong kek untuk dirinya.

SHAH ALAM - Tular satu video memaparkan tindakan beberapa kakitangan kafe meraikan warga emas yang menyambut ulang tahun bersendirian dan mengundang reaksi sebak orang ramai.

Menerusi video berdurasi satu minit 28 saat itu memaparkan seorang wanita datang ke kedai berkenaan untuk membeli sepotong kek untuk dirinya.

Iklan
Iklan

"Hari itu ada makcik datang nak beli kek, macam biasa kita tanya beli untuk siapa dan dia jawab 'hari ini hari lahir saya', jadi staf kami (Eryn) nak belanja makcik itu.

"Makcik tersebut berkeras mahu bayar tetapi staf masih menolak untuk terima dan beberapa minit kemudian kami nampak makcik itu tiup lilin seorang diri.

Iklan

"Selepas itu, makcik cakap nak keluar pergi kedai di depan sekejap dan kami terus berhenti buat kerja untuk sediakan kek nak buat kejutan. Semua teruja tunggu makcik datang semula," katanya.

Mengulas lanjut, pemilik video memaklumkan, wanita berkenaan pergi ke kedai berdekatan kerana mahu membeli biskut untuk diberikan kepada staf yang membayar kek sempena ulang tahunnya.

Iklan

Pada masa sama, kakitangan kafe tersebut terus menyanyikan lagu hari lahir bersama kek yang sudah dinyalakan dengan sebatang lilin.

"Ketika nyanyi lagu, kami tidak dapat menahan sebak. Eryn (staf kafe) pergi ke belakang kerana menangis begitu juga dengan beberapa kakitangan yang lain.

"Ada kalanya kami rasa ingin berputus asa tetapi saat seperti ini... apabila melihat air mata kegembiraannya semasa kami menyanyi untuknya, mengingatkan kami mengapa kami melakukan semua ini," ujarnya.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi sedih dan ada yang mengenangkan sekiranya wanita berkenaan merupakan ibu mereka.

Rata-rata netizen meninggalkan komen dan berpesan supaya anak-anak yang masih mempunyai ibu bapa untuk terus berbakti kepada mereka sebelum menyesal di kemudian hari.