KLUANG -"Saya percaya itu bukan dia (anak saya)," ujar ayah suspek yang mahu dikenali sebagai Masrudin, 49.
Masrudin menjelaskan anak ketiga daripada lima beradik sebenarnya sedang melalui rawatan mental di hospital sejak enam bulan lalu.
"Kalau ikut saya, itu bukan tindakan dan kawalan anak saya.
"Anak saya sudah menerima rawatan mental dan dibekalkan ubat oleh pihak hospital," katanya ketika ditemui di Felda Ayer Hitam di sini, pada malam Rabu.
Dalam pada itu, beliau meminta semua semua agar mendoakan anaknya terus sihat.
"Saya minta semua doakan semoga anak saya terus sihat. Saya memang akan hantar dia untuk mendapatkan rawatan," ujarnya
Dalam pada itu, Masrudin kesal dengan sebaran maklumat di media sosial tanpa menunggu siasatan polis selesai.
Ditanya mengenai urusan pengebumian isterinya, Masrudin memberitahu jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Ayer Hitam selepas proses bedah siasat selesai.
Jelasnya, proses itu akan dilakukan di Unit Perubatan Forensik Hospital Enche Besar Hajah Kalsom pada pagi Khamis.
Dalam kejadian pada Rabu, seorang ibu dilaporkan maut dipercayai ditikam dengan pisau oleh anaknya dalam kejadian tragis di Felda Ayer Hitam di sini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, polis terima laporan berhubung penemuan seorang wanita berusia lingkungan 50-an terbaring tidak sedarkan dengan terdapat kesan tikaman di belakang bahagian badan mangsa pada jam 10.45 pagi
Jelasnya, siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan hasil ujian air kencing negatif serta akan direman di Mahkamah Majistret pada pagi Khamis.