Masalah air 13,000 pengguna LRA Bukit Remah dijangka selesai dua minggu - SPAN

Iklan
SPAN memaklumkan masalah air yang dihadapi oleh 13,000 pengguna Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah di Tanah Merah dijangka selesai dua minggu lagi.

TANAH MERAH - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan masalah air yang dihadapi oleh 13,000 pengguna Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah di sini dijangka selesai dua minggu lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Kol (K) Datuk Ahmad Faizal berkata, bagi memastikan pengguna tidak terjejas pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan menyediakan 15 lori tangki agihan dan 26 tangki statik di lokasi strategik.

Iklan
Iklan

"Lori tangki ini digerakkan daripada lapan rakan operator air di seluruh semenanjung Malaysia bermula 29 November lalu dan operasinya akan diteruskan sehingga bekalan dapat dipulihkan.

"LRA Bukit Remah terpaksa ditutup akibat runtuhan cerun luar biasa sejak 28 November lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

LRA Bukit Remah terpaksa ditutup akibat runtuhan cerun luar biasa sejak 28 November lalu.

Iklan

Menurut beliau, berdasarkan laporan diterima dan tinjauan fizikal yang dilakukan SPAN, situasi di tapak amat serius di mana runtuhan cerun bukan hanya menyebabkan kerosakan kepada paip air mentah dan terawat sahaja, malah turut berpotensi tinggi menyebabkan kerosakan pada bangunan utama.

Beliau memberitahu, ia disebabkan pergerakan tanah yang merebak dan terus berlaku serta semakin hampir dengan bangunan terbabit.

Iklan

"Bagi memastikan LRA ini dapat beroperasi kembali dengan segera, Jabatan Kerja Raya (JKR) turut membantu dalam kajian kestabilan cerun, pada masa sama agensi ini turut bertindak sebagai pihak dalam melaksanakan kerja pembaikan cerun.

"Turut menghulur bantuan adalah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan yang menyediakan bantuan lori tangki berkapasiti 5,000 liter untuk kegunaan bekalan air Hospital Tanah Merah.

Berdasarkan laporan yang diterima dan tinjauan fizikal yang dilakukan SPAN, situasi di tapak adalah amat serius.

"PBSM juga berkenaan menawarkan bantuan dua loji rawatan air mudah alih (Mobile Plant) berkapasiti pengeluaran 800 liter setiap jam sekiranya sesuai dengan sumber air mentah dan lokasi yang ditentukan AKSB (Air Kelantan Sdn Bhd)," katanya.

Menurut beliau, AKSB sedang bertungkus lumus degan pelbagai usaha untuk membaiki pulih paip yang rosak dan bekerja secara 24 jam walaupun keadaan di tapak amat berbahaya demi memastikan bekalan air dapat dipulihkan segera.

Ujarnya, walau bagaimanapun, durasi kerja pembaikan adalah bergantung kepada faktor cuaca dan kestabilan cerun berkenaan.

"AKSB melalui pelan jangka panjangnya sedang mengusahakan pembinaan loji rawatan air mudah alih yang berupaya memproses sehingga 3 juta liter air sehari dan pembinaan telaga tiub berkapasiti 2 juta liter air sehari untuk kegunaan pengguna," katanya.