Pantai dicemari sampah sarap

Iklan
SAMPAH sarap di pantai selepas dihanyutkan ombak ekoran musim Monsun Timur Laut (MTL) dan fenomena air pasang berlaku semasa tinjauan di Pantai Batu Burok hari ini.

Pantai sejauh kira-kira tiga kilometer itu dicemari dengan dahan dan ranting kayu serta botol plastik bekas minuman berikutan musim tengkujuh, termasuk fenomena air pasang besar yang melanda negeri ini.