Cuepacs gesa orang awam belasah penguatkuasa MPSJ diambil tindakan

Iklan
Tangkap layar video insiden berkenaan yang tular di media sosial sejak semalam.

PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap orang awam membelasah anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang tular di media sosial.

Presidennya, Adnan Mat dalam kenyataannya berkata, melihat kaedah menghukum di media sosial oleh orang awam adalah tidak adil sama sekali kepada penjawat awam.

Iklan
Iklan

"Hukuman yang tegas haruslah diambil kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya.

Menurutnya, insiden seperti itu tidak akan berlaku sekiranya orang awam faham tugas penjawat awam.

Iklan

"Dalam mempertahankan diri dari serangan tersebut, anggota berkenaan terpaksa melindungi diri daripada risiko kecederaan yang bakal ditanggung sewaktu kejadian," katanya.

Beliau berkata, anggota kerajaan, ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hendaklah melihat insiden tersebut dalam aspek yang lebih adil.

Iklan

"Insiden ini tidak boleh dilihat di atas kepentingan satu pihak sahaja," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN kecewa insiden lelaki dikasari penguat kuasa MPSJ

Semalam, tular video berdurasi 37 saat menunjukkan seorang lelaki 'mengacukan' payung kepada seorang anggota penguat kuasa.

Anggota penguat kuasa berkenaan pada mulanya meminta supaya lelaki terbabit tidak menggunakan kekerasan, namun lelaki kelihatan berusia emas itu terus memukul anggota tersebut menggunakan payung.

Berang diserang, penguatkuasa itu menumbuk dan menjatuhkannya.

Dalam pada itu, ADUN Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze menggesa anggota penguatkuasa itu memohon maaf kepada individu terbabit.