India bina tembok sebagai persiapan sambut Trump

Iklan
Donald Trump - Foto 123RF

NEW DELHI - Gujarat di barat India membina tembok sebagai persediaan lawatan Presiden Donald Trump pada bulan ini.

Gujarat yang menjadi tuan rumah lawatan presiden Amerika Syarikat (AS) itu pada 24 hingga 25 Februari ini mahu menyediakan sambutan terbaik untuk Trump ke bandar raya Ahmedabad dengan memastikan beliau tidak melihat pemandangan tidak menyenangkan.

Iklan
Iklan

Tembok berkenaan akan menyembunyikan pemandangan kawasan setinggan yang dihuni lebih 2,500 orang.

Dinding setinggi enam hingga tujuh kaki itu didirikan sepanjang 600 meter bagi menyembunyikan kawasan setinggan berkenaan, lapor media tempatan.

Iklan

Trump dijangka mendapat sambutan hangat di Gujarat dengan orang ramai akan berbaris di tepi jalan bermula daripada lapangan terbang ke stadium, tempat acara 'Kem Chho Trump'(How are you, Trump) diatur, hampir sama seperti sambutan Howdy, Modi! yang diadakan Amerika ketika lawatan Perdana Menteri India, Narendra Modi ke negara itu tahun lalu.

Pihak berkuasa tempatan membelanjakan banyak dana untuk mengindahkan laluan Trump dan rombongannya.

Iklan

Ia termasuk menaik taraf jalan dan bahu jalan serta meletakkan 150,000 pasu bunga, menurut satu laporan.

Bagaimanapun pegawai perbandaran di Ahmedabad menafikan tembok berkenaan didirikan bagi menyembunyikan kemiskinan penduduk bandar raya berkenaan daripada pandangan Trump.

"Salah untuk mengaitkan pembinaan tembok berkenaan dengan lawatan VIP itu," kata Pesuruhjaya Perbandaran Ahmedabad, Vijay Nehra seperti yang dipetik akhbar The Hindu.

Bukan suatu yang luar kebiasaan bagi India melancarkan kempen mengindahkan kawasan menjelang lawatan pemimpin asing.

Sebelum ini, bandar raya Hyderabad mengusir ratusan pengemis dan didakwa meracun anjing terbiar ketika anak perempuan Trump, Ivanka melawat bandar selatan India itu untuk menghadiri persidangan perniagaan pada 2017.

Ahmedabad turut diperindahkan pada 2017 sewaktu Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan isteri, Akie Abe melawat Gujarat bagi menghadiri sidang kemuncak. - Bernama