'Ini kerugian paling besar sejak 20 tahun tanam padi'

Iklan
Pesawah melihat padi yang ditenggelami banjir. Gambar kecil dari kiri: Che Amat, Eh Nom

TUMPAT - Banjir besar yang melanda daerah ini mengakibatkan seorang pesawah kerugian lebih RM30,000 apabila lapan hektar sawah padi miliknya ditenggelami banjir.

Eh Nom Eh Dam, 46, berkata, lebih menyedihkan padi yang sudah masak tidak sempat dituai kerana air naik terlalu cepat mencecah hampir satu meter.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ada juga sawah miliknya yang baharu 40 hari ditanam padi tenggelam akibat bencana berkenaan.

"Ini kerugian yang paling besar sejak 20 tahun saya menanam padi," katanya ketika ditemui di Kampung Kampung Jubakar Darat pada Rabu.

Iklan

Eh Nom memberitahu, bencana berkenaan turut mengakibatkan peralatan pertaniannya termasuk jentera serta pam air rosak teruk danmemerlukan kos tinggi untuk pembaikan.

Jelasnya, semua peralatan berkenaan sudah ditempatkan di kawasan yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini.

Iklan

"Hujan lebat beberapa hari minggu lalu menyebabkan air naik dengan cepat dan saya tidak sempat bertindak mengalihkan semua peralatan itu," katanya lagi.

Dalam pada itu, Eh Nom akan mengisi borang permohonan bantuan selepas keadaan tenang dengan harapan dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Sementara itu, Ketua Unit Bendang Kampung Bunohan, Che amat che hassan,67, berkata, empat bendang terjejas teruk ialah Bendang Pauh, Bendang Sebanjar, Bendang Bunohan dan Bendang Jubakar.

Menurutnya, sehingga kini anggaran keluasan sawah yang mengalami kerosakan ialah 80 hektar membabitkan lebih RM150 pesawah.

"Nilai sebenar masih belum dapat dikenal pasti tetapi kami berharap mendapat pembelaan bagi mengurangkan beban akibat bencana ini," katanya.

Mereka sebelum itu menerima sumbangan daripada Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Khalid Samad yang meninjau keadaan sawah di Kampunh Jubakar Darat.