ADUN Pitas lapor polis, nafi dakwaan terlibat rasuah, pecah amanah isu tanah

Iklan
Ruddy menunjukkan laporan polis yang dibuatnya susulan namanya dikaitkan dengan tuduhan rasuah dan pecah amanah membabitkan isu tanah baru-baru ini.

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah menafikan bahawa beliau terlibat dengan rasuah dan pecah amanah membabitkan isu tanah sebagaimana dakwaan yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok beberapa hari lalu.

Iklan
Iklan

Menurut Ruddy, beliau difitnah bersama dua lagi ADUN lain iaitu ADUN Sugut, Datuk James Ratib dan ADUN Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin.

"Saya tidak pernah pun berhubung dengan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib dan Datuk Ghani untuk berbincang mengenai tanah.

Iklan

"Jadi disebabkan tiada cara untuk mengaitkan kami bertiga, ini saja cara mereka (kaitkan isu rasuah tanah)," katanya ketika sidang akhbar di pejabatnya di sini pada Khamis.

Susulan daripada itu, Ruddy yang tidak berpuas hati apabila dikaitkan dengan perkara tersebut bertindak telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada Selasa lalu.

Iklan

"Kita minta supaya siasatan dilakukan terhadap akaun laman sosial yang memuat naik tuduhan terhadap diri saya dan juga dua lagi rakan ADUN.

"Laporan polis ini juga telah dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka lebih sedar mengenai perkara ini," katanya.