KUALA LUMPUR - Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) perlu peka terhadap beban yang ditanggung perniagaan dan orang awam, khususnya kemudahan seperti bayaran sewa bangunan dan ansuran bayaran balik pinjaman kewangan susulan bencana banjir yang melanda negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menegaskan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputera hari ini, yang antara lain menyentuh mengenai kesan banjir terhadap peniaga dan orang awam.