Mayat lelaki ditemukan terapung berhampiran Tambatan Diraja

Iklan
Pasukan Unit Marin Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menemukan mayat seorang lelaki yang terapung di Sungai Kelantan berhampiran Tambatan Diraja, Kota Bharu pada Khamis.

KOTA BHARU - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Sungai Kelantan berhampiran Tambatan Diraja di sini pada Khamis.

Ketua Pasukan Unit Marin Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Sarjan Abdul Aziz Ariffin berkata, sekitar jam 5.50 petang seorang lelaki bersama anak perempuannya telah datang ke jeti tempat beliau bertugas memaklumkan ada orang hanyut dipercayai lemas.

Iklan
Iklan

"Tanpa berlengah saya bersama empat lagi anggota telah menaiki bot dan menuju ke arah lelaki yang berada dalam keadaan terapung terbabit.

"Ketika tiba di lokasi kejadian kami dapati ia adalah mayat seorang lelaki yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 50-an lengkap berpakaian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, mayat terbabit kemudian dibawa ke jeti dan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.