Beza tindakan strategik dengan taktikal
Iklan
DI penghujung tahun ini, ramai usahawan yang sedang memuktamadkan rancangan perniagaan untuk tahun hadapan serta belanjawan yang diperlukan untuk menyokong rancangan perniagaan berkenaan.
Ini adalah langkah penting agar perniagaan kita mampu mengambil peluang yang bakal muncul serta menangani risiko-risiko yang kritikal.
Untuk menjadikan rancangan perniagaan itu benar-benar meletakkan perniagaan di jalan yang betul, adalah penting perkara-perkara strategik dibezakan dengan isu-isu taktikal.