Ronda cegah jenayah bongkar kes mayat dalam but kereta

Iklan
Rondaan polis semasa operasi pencegahan jenayah membongkar penemuan mayat kes bunuh yang disorokkan dalam but kereta di Telok Panglima Garang di sini, pada Selasa. Gambar hiasan (Gambar kecil: Akmalrizal)

KUALA LANGAT - Rondaan polis semasa operasi pencegahan jenayah membongkar penemuan mayat kes bunuh yang disorokkan dalam but kereta di Telok Panglima Garang di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian daripada anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) pada jam 5.08 pagi yang sedang menjalankan tugas rondaan.

Iklan
Iklan

Katanya, anggota BPJKK telah menahan sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki warga asing dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan lanjut menemui satu mayat lelaki disyaki warga asing di dalam but kereta dengan kesan kecederaan di badan.

Iklan

"Dua suspek lelaki warga asing berusia 17 dan 22 tahun yang bekerja sebagai peladang kemudian diberkas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 14 Disember.

Iklan

Tambahnya, motif pembunuh disyaki kerana isu dalaman, namun siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti motif utama dan penglibatan kedua-dua suspek dalam kes terbabit.

"Kita juga menyiasat di mana kejadian (bunuh) itu berlaku dan ke mana mayat mangsa akan dibawa oleh suspek," ujarnya.

Jelasnya, orang awam yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan atau hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222," ujarnya.