[VIDEO] Setiap inci tanah perlu diperjuang habis-habisan - Anwar

Iklan

PUTRAJAYA - Pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan menunjukkan wujudnya pengkhianatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan dan apa-apa kesalahan berhubung kedaulatan dianggap pengkhianatan besar kepada negara.

Iklan
Iklan

"RCI mendedahkan kelemahan dari satu sudut pengkhianatan yang berlaku kerana setiap inci tanah (Batu Puteh) perlu diperjuangkan habis-habisan.

"Tetapi, nampak ada satu kegagalan dan ini telah didedahkan.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Manar Presint 14, di sini.

Anwar melambaikan tangan kepada para jemaah selepas menunaikan Solat Jumaat di Surau Al-Manar, Jalan P14, Presint 14 pada Jumaat. Foto Bernama

Sebelum ini, RCI pada Khamis mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Iklan

Prosiding diusulkan itu berikutan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Perkara berkenaan antara syor RCI dalam laporan setebal 217 muka surat yang diedarkan kepada ahli Parlimen di Dewan Rakyat, semalam.

Laporan akhir yang dinyahklasifikasikan tersebut diserahkan oleh Pengerusi RCI, Tun Md Raus Sharif kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara pada 12 Ogos lalu.

Suruhanjaya itu memaklumkan, siasatan terhadap Dr Mahathir boleh dimulakan mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 dan Seksyen 418 kanun yang sama.