KWSP jadi pemegang unit penting dalam KIP REIT, pegang enam peratus kepentingan

Iklan
KWSP telah menjadi pemegang unit penting dalam KIP REIT berikutan kejayaan pelaksanaan penempatan persendirian kumpulan itu baru-baru ini. Foto hiasan

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjadi pemegang unit penting dalam Amanah Pelaburan Hartanah KIP (KIP REIT) berikutan kejayaan pelaksanaan penempatan persendirian kumpulan itu baru-baru ini.

Melalui pegangan saham semasanya melebihi enam peratus, kedudukan KWSP sebagai pemegang unit yang besar mengukuhkan lagi keyakinannya terhadap hala tuju strategik dan potensi pertumbuhan KIP REIT.

Iklan
Iklan

"Penempatan persendirian itu melibatkan pengeluaran sehingga 180.0 juta unit penempatan pada 82.5 sen seunit, meningkatkan hasil kasar sehingga RM146.70 juta.

"Dana itu akan digunakan untuk sebahagiannya membiayai pemerolehan RM320 juta Pusat Beli-belah D’Pulze di Cyberjaya dan menampung perbelanjaan berkaitan,” kata KIP REIT dalam satu kenyataan.

Iklan

Dengan KWSP antara pemegang unit utama, KIP REIT berada pada kedudukan lebih baik untuk memajukan strategi pertumbuhannya, meningkatkan portfolionya dan mencipta nilai jangka panjang untuk pemegang unitnya.

Pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024, pendapatan hartanah bersih KIP REIT meningkat sebanyak 25.2 peratus kepada RM77.8 juta, didorong oleh portfolio hartanah runcit dan perindustrian dipelbagaikan secara strategik di seluruh Malaysia.

Iklan

Pembelian terbaharu seperti TF Value-Mart di Gerik dan Pusat Beli-belah D’Pulze, mengesahkan komitmen kumpulan untuk mengembangkan jejaknya di lokasi pertumbuhan tinggi dan memberikan pulangan konsisten.

Ketua Pegawai Eksekutif KIP REIT, Valerie Ong Pui Shan berkata, sokongan KWSP mengukuhkan kedudukan kumpulan sebagai platform pelaburan dipercayai dan menyemarakkan komitmennya untuk mencapai pertumbuhan mampan dan memberikan nilai luar biasa kepada semua pihak berkepentingan. - Bernama