JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun susulan penemuan seorang bayi lelaki di dalam tandas sebuah kompleks beli-belah di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, bayi berkenaan yang berlumuran darah bersama uri dijumpai pekerja pembersihan pada 4.51 petang.