Perang dagang AS, China semakin memuncak
Iklan
PERANG perdagangan antara dua gergasi ekonomi, Amerika Syarikat (AS) dan China kembali tegang dengan pengumuman Beijing mengenakan larangan eksport ke atas beberapa mineral kritikal sebagai tindak balas kepada sekatan terbaharu oleh AS beberapa hari lalu.
Kementerian Perdagangan China pada 3 Disember mengumumkan negara itu menyekat eksport mineral kritikal seperti gallium, germanium dan antimoni yang diperlukan dalam pembuatan peralatan elektronik dan ketenteraan ke AS.