Cuba seludup 82,000kg kelapa semasa banjir

Iklan
Treler jenis Volvo yang ditahan di Kampung Simpangan,Tumpat. Foto PGA

TUMPAT - Cubaan menyeludup 82,000 kilogram (kg) kelapa ke negara jiran semasa kawasan di sini dilanda banjir berjaya digagalkan oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa dalam dua serbuan berasingan di sini pada Khamis.

Dalam Op Taring Wawasan itu, PGA turut menahan dua lelaki berusia 38 dan 40 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup barangan terbabit.

Iklan
Iklan

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, sebuah treler jenis Volvo ditahan kerana dipandu dalam keadaan mencurigakan pada jam 2 petang di Kampung Simpangan, di sini.

Cubaan menyeludup 82,000 kilogram kelapa ke negara jiran semasa kawasan Tumpat dilanda banjir berjaya digagalkan oleh Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa Foto PGA

"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit telah menemukan lebih 41,000kg buah kelapa di belakang lori tanpa dokumen yang sah.

Iklan

"Anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM205,000.

"Sementara itu pada jam 2.30 petang di Jalan Pulau Ular, Pengkalan Kubor anggota telah menahan sebuah treler jenis Volvo dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Menurut beliau, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit telah menemukan lebih 41,000kg buah kelapa di belakang lori tersebut tanpa dokumen yang sah.

Ujarnya, anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM205,000.

Nik Ros Azhan memberitahu, kedua-dua kes terbabit disiasat bawah Peraturan 4(2)(b) Akta Fama 141 Rancangan Pemasaran Kelapa 1973

Beliau berkata, suspek dan barangan rampasan diserahkan ke Kompeni Taktikal (Komtak) PGA Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.