Kedai alat perkakas hangus

Iklan
Anggota bomba memadamkan api dalam kejadian kebakaran di sebuah kedai perkakasan di Jalan Pasir Puteh,Kampung Chi Cha Kubang Kerian.

KOTA BHARU - Ketangkasan 30 anggota bomba berjaya memadamkan api daripada terus merebak ke kawasan berhampiran dalam kejadian kebakaran di sebuah kedai perkakasan di Jalan Pasir Puteh, Kampung Chi Cha Kubang Kerian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mohd Faizul Anuar Mohd Pauzi berkata, mereka menerima panggilan kira-kira jam 12.29 tengah malam dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua anggota dan pegawai membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh, BBP Tunjong, BBP Kota Darul Naim bergegas ke lokasi kejadian.

"Kami keluar bersama tiga jentera, satu tangki air, satu kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dua pacuan empat roda," katanya.

Iklan

"Sebaik tiba di lokasi didapati sebanyak 90 peratus premis itu terbakar namun tidak melibatkan mangsa," katanya.

Beliau memberitahu, api dapat dikawal pada jam 12.55 tengah malam dan operasi tamat selenuhnya jam 2.08 pagi.

Iklan

"Punca dan kerugian akibat kebakaran itu masih disiasat," katanya.