Malaysia miliki potensi besar dalam industri halal

Iklan
Anwar (tengah) bergambar bersama penerima anugerah kepada pemain industri halal pada majlis Perasmian Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang di Jalan Baru, pada Sabtu.

BUKIT MERTAJAM - Malaysia memiliki potensi besar dalam industri halal bukan sahaja melalui pensijilan halal semata-mata malah dapat memperkukuh ekonomi menerusi potensi perdagangan antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, industri halal sangat luas dan penerokaan peluang itu boleh dilakukan tidak terhad kepada pensijilan, penyembelihan daging semata-mata malah ia turut melibatkan sektor pembuatan, kosmetik dan sebagainya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Malaysia mempunyai kekuatan besar dalam pensijilan halal dan ia diiktiraf di seluruh dunia.

Malah katanya, industri halal mempunyai potensi besar mencecah lebih AS$1 trilion.

Iklan

"Banyak negara Islam dan bukan Islam mahu bekerjasama dengan Malaysia untuk membangunkan industri halal mereka.

"Semua negara Asia. China, Jepun, Korea, Peru, Brazil, Mesir, Arab Saudi, Qatar, tanpa kecuali semua negara ini, Muslim dan bukan islam, negara China, Vietnam, Laos semua minta kerjasama Malaysia kerana kita punyai nama, kekuatan dan pengiktirafan terutama dari segi pensijilan,"katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang di Jalan Baru, di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Malaysia perlu mengangkat industri halal termasuk kewangan Islam mengikut matlamat Maqasid Syariah.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk Halal Development Corporation, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA ).

Katanya, kerjasama itu dapat memantapkan lagi industri itu agar ia lebih lengkap dan mantap, khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana.

"Industri halal mempunyai faktor tarikan di peringkat antarabangsa kerana pengertiannya sudah mencapai tahap global, justeru berupaya menjana kegiatan ekonomi," ujarnya.