Pelakon Johan Abdullah meninggal dunia

Iklan
Johan Abdullah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah

SEREMBAN - Pelakon yang biasa memegang watak lelaki Inggeris dalam filem dan drama tempatan, Johan Abdullah, 75, meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar di sini pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Isterinya, Sarepah Meriam Aboo, 51, dihubungi Sinar Harian berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 malam akibat jangkitan kuman dalam darah.

"Sebenarnya dalam seminggu ini arwah tidak ada selera makan melainkan hanya minum susu dan disebabkan itu badannya semakin lemah.

Iklan

"Pada jam 12 tengah hari tadi, dia masih boleh duduk lagi, tapi tiba-tiba jam 3 petang itu nafasnya mula tercungap-cungap," katanya.

Ujarnya, Allahyarham kemudiannya telah dibawa ke hospital selepas jirannya menghubungi ambulans.

Iklan

Tambahnya, selepas tempoh 40 minit dirawat di zon kecemasan, arwah diberi bantuan pernafasan dan diberitahu oleh doktor ada jangkitan kuman dalam darah.

"Sepatutnya Rabu depan arwah ada rawatan susulan berkenaan radang usus, tapi nampaknya tak sempat.

"Arwah ini ada pelbagai penyakit iaitu penyakit angin ahmar, parkinson, jantung, keradangan usus dan otak mengecut,"katanya.

Bagaimanapun kata Sarepah Meriam, dia tidak sangka yang suaminya itu akan pergi secepat itu.

Ujarnya, arwah dijangkadikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ainsdale di sini pada jam 11.30 pagi pada Ahad.