Rumah tumpangan disyaki tempat maksiat diarah tutup

Iklan
Rahim (kiri) ketika membuat pemeriksaan sebuah premis kotor di Pasar Besar Kuantan semalam. -Foto Unit Komunikasi Media Pahang

KUANTAN - Sebuah rumah tumpangan berdekatan Pasar Besar di sini diarah tutup serta-merta dan dikenakan kompaun kerana mengubahsuai dalaman bangunan dengan membina bilik-bilik kecil disyaki untuk kegiatan maksiat.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Abd Rahim Muda berkata, Ops bersih yang diadakan semalam mendapati rumah tumpangan itu juga beroperasi tanpa lesen serta ada bangunan kedai diubah usai tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemilik rumah tumpangan itu turut menyediakan bilik-bilik kecil untuk sewaan dipercayai bagi kegiatan tidak bermoral.

"Arahan penutupan ini bertujuan keselamatan bagi mengelakkan bencana kebakaran akibat pendawaian yang menyalahi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

Iklan

"Selain pemeriksaan terhadap premis tersebut, Ops Bersih semalam turut meninjau kebersihan premis dan syarat lesen perniagaan di Pasar Besar Kuantan dan kawasan sekitar," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam operasi itu, 14 kompaun dengan jumlah bernilai RM5,500 telah dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan dan pelanggaran syarat oleh peniaga.

Iklan

Antara kesalahan adalah seperti membina bangunan tambahan tanpa kebenaran MPK, memelihara ayam hidup di dalam premis, kegagalan menjaga kebersihan premis perniagaan, dan tidak mempamerkan tulisan jawi pada papan tanda iklan.

Operasi ini akan diadakan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha perniagaan mematuhi syarat-syarat perniagaan dan menjaga kebersihan premis mereka.