Tidak puas hati bayaran komisen punca lelaki dibunuh

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan penemuan mayat dalam but kereta.

KUALA LANGAT - Tidak puas hati berkaitan pembayaran komisen dipercayai menjadi punca seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan dalam but kereta di Telok Panglima Garang, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Akmalrizal Radzi berkata, kedua-dua suspek warga asing yang ditahan sebelum ini dipercayai terlibat dalam pembunuhan mangsa.

Iklan
Iklan

"Siasatan dijalankan mendapati lelaki warga asing itu dibunuh berkaitan soal perebutan pekerja ladang selain tidak puas hati bayaran komisen.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan rondaan polis semasa operasi pencegahan jenayah membongkar penemuan mayat kes bunuh yang disorokkan dalam but kereta di Telok Panglima Garang di sini, pada Selasa.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 5.08 pagi itu, anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat sedang menjalankan tugas rondaan sebelum menahan sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki warga asing dalam keadaan mencurigakan.

Pemeriksaan lanjut kemudiannya menemukan satu mayat lelaki disyaki warga asing di dalam but kereta dengan kesan kecederaan di badan.

Iklan

Susulan itu, dua suspek lelaki warga asing berusia 17 dan 22 tahun yang bekerja sebagai peladang kemudian diberkas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.