KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di 11 negeri termasuk Wilayah Persekutuan diramal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terlibat ialah Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim (Perak) dan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin (Pahang).