S. Thilagawathy selamat, keluar rumah dengan rela hati - Polis

Iklan

KUANTAN - S. Thilagawathy, 41, yang dilaporkan hilang di Karak, Bentong pada 30 November lepas, kini berada dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, wanita itu telah membuat laporan di sebuah balai polis di Perak dan memaklumkan dia keluar dari rumah dengan rela hati.

Iklan
Iklan

"Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Bentong yang bekerjasama menularkan siaran media bertarikh 5 Disember sehingga sampai ke pengetahuan mangsa,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook Polis Bentong hari ini.

Khamis lepas, media melaporkan polis menerima laporan berkaitan kehilangan Thilagawathy daripada suaminya dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan menghubungi polis. - Bernama

Iklan
Iklan