Video tular: Polis kesan lelaki, wanita bergaduh di restoran

Iklan
Tangkap layar video tular memaparkan insiden pergaduhan di sebuah restoran di kawasan Stulang Baru.

JOHOR BAHRU - Polis sedang mengenal pasti individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah restoran di kawasan Stulang Baru di sini yang video kejadian tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, setakat ini tiada laporan dibuat oleh mangsa atau pun pihak terlibat.

Iklan
Iklan

"Polis menerima sebuah video tular dalam media sosial berhubung kejadian itu pada 11 pagi Ahad.

"Usaha sedang dilakukan bagi mengenal pasti individu-individu yang terlibat, saksi kejadian dan punca sebenar insiden itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video berkenaan dalam media sosial.

Jelasnya, ini bagi mengelakkan salah faham atau spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Iklan

Menerusi video tular berdurasi satu minit 30 saat itu memaparkan seorang lelaki dan wanita pada mulanya hanya bertengkar mulut, sebelum lelaki terbabit yang memakai baju t-shirt merah memukul belakang bahagian badan wanita terbabit.

Wanita tersebut kemudian membalas dengan cuba memukul lelaki itu menggunakan kerusi.

Gadis itu kemudian berlari ke arah kaunter kedai, manakala lelaki terbabit ditenangkan orang awam.

Pemilik kedai juga dilihat memadamkan lampu seketika bagi menenangkan keadaan.