CHELSEA mempamerkan satu persembahan luar biasa apabila bangkit ketinggalan dua gol untuk menjinakkan Tottenham Hotspur, 4-3 dalam perlawanan Derbi London Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur.
Tiga mata dibawa anak buah Enzo Maresca, 44, keluar dari laman angkatan Ange Postecoglou, 59, membolehkan The Blues mengumpul 31 mata selepas mengharungi 14 perlawanan empat mata di belakang pendahulu Liverpool yang kurang satu perlawanan.
Iklan
Iklan
Liverpool kendalian Arne Slot sebelum itu kurang satu perlawanan selepas kunjungan The Reds ke Goodison Park bagi Derbi Merseyside menentang Everton terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk pada Sabtu.
Tonggak tengah Enzo Fernandez, 23, kemudian melebarkan pendahuluan Chelsea minit ke-73 sebelum kapten Korea Selatan, Son Heung-min, 32, menjaringkan gol saguhati buat Tottenham pada minit ke-96.
Kemenangan keempat berturut-turut Chelsea dalam semua pertandingan juga motivasi terbaik menjelang perlawanan Liga Konferensi menentang gergasi liga Kazakhstan, Astana FC di Stadium Ortalyq pada 12 Disember.
Gol Palmer juga menyaksikan dia mempunyai 50 penglibatan gol (33 gol dan 17 bantuan) dalam 48 perlawanan liga untuk kelab London itu sejak menyertai penyandang juara Manchester City.
Kekalahan kedua berturut-turut Tottenham menyaksikan Lilywhites kini menghuni tangga ke-11 dengan 20 mata sekali gus meningkatkan tekanan ke atas Postecoglou menjelang kunjungan ke Stadium Ibrox untuk perlawanan Liga Europa menentang gergasi liga Scotland, Rangers FC pada 13 Disember.