Pelanggan Econsave bantu mangsa banjir Pantai Timur

Iklan
Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam (kiri) menunjukkan ruangan khas di cawangan pasaraya berkenaan untuk para pelanggan menyalurkan bantuan barangan keperluan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.

JOHOR BAHRU - Pelanggan Econsave Cash And Carry di seluruh negara kini berpeluang membantu mangsa banjir di Pantai Timur dengan menyalurkan sumbangan barangan keperluan dan makanan kering.

Menurut Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam, inisiatif berkenaan diwujudkan melalui program bakul rezeki yang bertujuan menyantuni mereka yang terjejas akibat bencana banjir.

Iklan
Iklan

"Kira-kira 90 cawangan pasar raya kami di seluruh negara sedang mengumpul barangan bagi bakul rezeki sejak beberapa hari lalu," katanya.

Beliau turut menggalakkan orang ramai menyumbang makanan kering, lampin pakai buang bayi dan pek kebersihan di ruangan khas yang disediakan di cawangan Econsave.

Iklan

"Kami merancang untuk mengumpul sumbangan selama seminggu sebelum menghantarnya ke kawasan Pantai Timur," tambahnya.

Selain itu, Econsave juga menjalankan inisiatif mengumpul pakaian terpakai bagi membantu mangsa banjir.

Iklan

"Sebanyak 18 tan pakaian terpakai akan dihantar dari Johor ke Pasir Puteh, Kelantan pada Jumaat ini," jelas Mas Imran.

Beliau memaklumkan bahawa usaha mengumpul pakaian ini dilaksanakan di beberapa cawangan Econsave di Johor dan mendapat sambutan baik daripada masyarakat.

"Kami amat berterima kasih kepada semua penyumbang atas sokongan mereka yang prihatin terhadap nasib mangsa banjir," katanya.

Program ini diharapkan dapat meringankan beban mangsa banjir yang kehilangan harta benda akibat bencana tersebut.