Laskar Kanan Maritim didakwa terima wang tunai RM10,700

Iklan
Muhammad Adzmin (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin.

JOHOR BAHRU - Seorang Pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini, pada Isnin atas enam pertuduhan menerima wang tunai RM10,700, dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Adzmin Zolkepli, 32, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Iklan
Iklan

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai penjawat awam iaitu Laskar Kanan Maritim yang bertugas di Ibu Pejabat Maritim Kedah dan Perlis, bersetuju menerima suatu benda berharga, iaitu wang tunai berjumlah antara RM1,200 hingga RM2,300 dengan tiada balasan secara pindahan wang daripada pemilik syarikat bekalan marin ke akaun orang tengah yang sama ke akaun milik tertuduh.

Muhammad Adzmin Zolkepli, 32, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Di mana diketahui oleh tertuduh bahawa pemilik berkenaan ada perhubungan dengan kerja-kerja rasmi tertuduh.

Iklan

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di daerah Segamat, Johor antara bulan Februari 2022 hingga Oktober 2022.

Pertuduhan dibuat ke atas tertuduh adalah mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Iklan

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abd Muntaqim Abdul Aziz dan tertuduh diwakili peguam, Mohd Norazam Majid

Mahkamah menetapkan jaminan RM7,000 bagi kesemua pertuduhan dan 7 Februari depan ditetapkan sebagai tarikh serahan dokumen.

Abd Muntaqim dalam hujahnya memohon jaminan sebanyak RM20,000 bagi enam pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan berserta syarat tambahan iaitu serahan pasport kepada mahkamah, lapor diri di Pejabat SPRM Sandakan, Sabah dan dilarang mengganggu saksi.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh merayu agar jaminan paling minimum dikenakan dengan mencadangkan RM5,000 bagi kesemua pertuduhan.

Mohd Norazam memaklumkan tertuduh masih lagi bertugas sebagai Laskar Kanan di APMM Sandakan, Sabah dengan gaji bersih RM1,700.

Selain menyara isteri yang tidak bekerja, anak berusia dua bulan, ibu dan bapa berusia 65 tahun dan nenek berumur 85 tahun.

Mahkamah kemudian menetapkan RM7,000 jaminan bagi kesemua pertuduhan dan 7 Februari depan ditetapkan sebagai tarikh serahan dokumen.