2,000 ikan sangkar Laguna Sri Tujoh mati, kerugian lebih RM1 juta
Iklan
Keadaan Laguna Sri Tujoh dipenuhi dengan ikan yang mati selepas banjir melanda kawasan tersebut baru-baru ini. Foto Bernama
TUMPAT - Sebanyak 90 penternak ikan dalam sangkar di Laguna Sri Tujoh di sini mengalami kerugian lebih RM1 juta dalam kejadian banjir gelombang pertama baru-baru ini.
Pengerusi Perternak Laguna Sri Tujoh, Mohd Saifullah Che Mat berkata, ikan ternakan seperti kerapu dan siakap dikesan mati secara berperingkat dalam tempoh tiga hari bermula Jumaat.
Iklan
Iklan
"Pada awalnya hanya ikan kerapu yang mati dan kami tidak menyangka ikan siakap juga mati kerana biasanya siakap lebih lasak dan mampu bertahan walaupun berlaku percampuran air banjir.
"Namun bermula petang Jumaat, ikan siakap yang diternak dalam 2,000 buah sangkar di kawasan ini turut mengalami situasi sama dan semalam keseluruhan ikan ternakan mati," katanya ketika ditemui Bernama di sini pada Isnin.
Iklan
Mohd Saifullah berkata, kejadian ini kali pertama berlaku melibatkan keseluruhan ikan yang diternak walaupun kawasan sangkar ternakan ikan itu pernah dimasuki air beberapa kali sebelum ini.
"Namun, tahun ini kita dapati banjir yang berlaku agak luar biasa dan air yang melimpah masuk dipenuhi sisa kotoran menyebabkan ikan tidak dapat bertahan dan mati kesemuanya," katanya.
Iklan
Seramai 90 penternak ikan dalam sangkar di Laguna Sri Tujoh di sini mengalami kerugian keseluruhan lebih RM1 juta. Foto Bernama
Seorang penternak Mohd Nazari Abdullah, 50, berkata, dia tidak menyangka percubaan sulungnya mengusahakan penternakan ikan sangkar gagal memberi pulangan apabila kesemua ikan siakap di 16 sangkar miliknya turut mati pagi semalam.
Beliau berkata ikan berkenaan mula diternak awal tahun ini dengan kos keseluruhan melebihi RM30,000 termasuk pembelian anak ikan dan makanan.
"Saya merancang untuk jual hasil ternakan bermula bulan depan dan sepanjang bulan puasa, namun nampaknya tiada rezeki," katanya.
Seorang lagi penternak Mazlan Mamat, 54, berkata, dia tidak pernah mengalami kerugian total seperti tahun ini sejak berkecimpung dalam bidang berkenaan 10 tahun lepas.
Beliau berkata, semua ikan dalam 40 sangkar yang diusahakannya mati Jumaat lepas dan memaklumkan perlu menyediakan modal lebih RM40,000 bagi memulakan semula projek ternakan itu tahun hadapan.
Tumpat antara jajahan yang teruk terkesan dalam banjir gelombang pertama di negeri ini baru-baru ini termasuk di kawasan Kampung Jubakar Pantai, berhampiran Laguna Sri Tujoh. - Bernama
Seramai 65 duta dakwah dalam kalangan anak muda dilahirkan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Masjid Imanul Fa'izin melalui Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan yang bermula 29 Disember lalu dan melabuhkan tirainya pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin
Sepanjang dua minggu di Makkah dan Madinah kesemua peserta yang terdiri daripada 29 perempuan dan 36 lelaki masing-masing berusia antara 20 hingga 35 tahun itu bukan sahaja fokus kepada ibadah umrah semata-mata namun mereka turut disajikan dengan makanan rohani menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa serta negara.
Mutawif dari Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ahmad Junaidi Omar berkata, pelbagai pengisian telah diaturkan untuk anak-anak muda sekali gus berbeza dengan jemaah umrah yang lain.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/706435/edisi/kelantan/andalusia-lahirkan-duta-dakwah-dalam-kalangan-anak-muda
Muzik: Happiness dari www.bensound.com