Exco Selangor mohon maaf insiden rakaman di rumah urut

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung dakwaan penyanyi dirakam ketika sedang diurut. Gambar kecil: Suee Lim

SHAH ALAM - Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim menyatakan kekesalan dan memohon maaf berhubung insiden menimpa seorang penyanyi yang mendakwa imejnya dirakam dalam keadaan kurang sopan ketika operasi penguatkuasaan rumah urut di Subang Jaya.

Beliau berpandangan, kemungkinan berlaku kesilapan atau salah faham antara pihak penguat kuasa dengan artis berkenaan berhubung insiden tersebut.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, isu itu akan diselesaikan secara berhemah serta mengambil langkah sewajarnya untuk mengelak insiden sama berulang.

"Penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) datang ke situ untuk operasi dan kita belum ada SOP (prosedur operasi standard) jelas untuk penguatkuasaan rumah urut.

Iklan

"Difahamkan rumah urut tersebut tidak berlesen dan saya pun tidak menyalahkan artis berkenaan yang mungkin merasakan hak kehormatannya tercabar susulan kejadian itu,” katanya pada sidang akhbar berkenaan penilaian cukai taksiran Selangor pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu tular di aplikasi X membabitkan wanita berkenaan yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan operasi itu yang didakwa tidak mengikut SOP.

Iklan

Wanita itu yang sedang menggunakan menggunakan khidmat urut di premis itu mendakwa imejnya yang hanya berbalut tuala dirakam secara rahsia oleh penguat kuasa ketika operasi berkenaan.

Difahamkan satu laporan polis serta sesi perjumpaan bersama pihak atasan PBT itu telah diadakan susulan insiden terbabit.

Sementara itu, Suee Lim berkata, cadangan penggunaan kamera badan dalam kalangan penguat kuasa PBT merupakan langkah baik sebagai bahan bukti dan rujukan ketika timbul isu berbangkit seperti insiden tersebut.

Namun katanya, pelaksanaan itu adalah bergantung mengikut keadaan kewangan PBT masing-masing.

"Jika kewangan stabil, kita boleh pertimbang untuk guna kamera badan. Ia bagus untuk penguat kuasa boleh semak jika ada insiden salah faham dan isu berbangkit.

"Bagaimanapun keputusan cadangan itu tidak boleh dibuat secara ad-hoc tetapi perlu melalui perjumpaan bersama semua PBT dan perlu dilihat secara teliti serta mengambil kira pro dan kontranya juga," katanya.