Kes 1MDB: Muhammad Shafee buat permohonan untuk temu bual Roger Ng

Iklan
Roger Ng (kiri), Muhammad Shafee

KUALA LUMPUR - Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan membuat permohonan kepada mahkamah pada Isnin bagi membolehkan pihaknya menemu bual bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa yang kini berada dalam tahanan pihak polis.

Muhammad Shafee berkata, usaha mendapatkan temu bual bersama Roger Ng adalah langkah pertama yang diperlukan bagi proses pembelaan terhadap Najib, berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan kepada hakim berhubung hasrat tersebut pada Isnin jam 2.30 petang.

Kata beliau, sekiranya pihak hakim meminta pihaknya membuat permohonan bertulis, ia akan dilakukan.

Iklan

"Sebab apa saya hendak buat temu bual bersama Roger Ng? Ia kerana saya tidak mahu memanggilnya secara membuta-tuli.

"Saya perlu menemu bualnya terlebih dahulu dan saya melakukan kerja saya.

Iklan

"Kita semua tahu Roger Ng sebelum ini di Amerika Syarikat menerusi 'council' dirinya menyatakan rasa terkilan dan bersalah apabila ada keterangan yang begitu ketara memihak kepada Datuk Seri Najib Razak," katanya dalam sidang akhbar pada Isnin.

Muhammad Shafee berkata, keterangan yang memihak kepada bekas Perdana Menteri itu menunjukkan Najib tidak terlibat dalam skandal 1MDB.

Menurut beliau, keterangan tersebut juga menunjukkan ia perbuatan pihak lain, bukanya daripada Najib.

"Who knows Roger Ng by now has been turn over (Siapa tahu Roger Ng sekarang telah berpatah balik). We did not know. (Kita tidak tahu)," ujarnya.

Ditanya mengenai keyakinan pihaknya boleh mendapat temu bual bersama Roger Ng, Muhammad Shafee berkata, ia bergantung kepada keputusan hakim.

Kata beliau, sekiranya dia dihalang untuk mendapatkan temu bual tersebut, maka terbukti ada 'perkara' di sebaliknya.

"Kalau mereka halang saya membuat temu bual tersebut, amat nyata apa yang sedang mereka buat.

"Sebabnya Roger Ng kini berada dalam tahanan polis di negara ini," ujarnya.