SAR anggota TDM hilang di Royal Belum masih diteruskan - Polis

Iklan
Operasi mencari seorang anggota TDM yang dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Merah di Hutan Royal Belum pada 30 November lepas masih dijalankan. Gambar fail Bernama

IPOH - Tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Merah di Hutan Royal Belum, di sini pada 30 November lepas.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, misi pencarian Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi daripada pasukan 22 Komando, Kem Iskandar Mersing, Johor itu masih diteruskan di sekitar tempat kejadian (Sungai Merah) sehingga sepanjang Sungai Perak.

Iklan
Iklan

"Pihak polis dan tentera terus melaksanakan operasi pencarian dan buat masa ini kita belum berbincang untuk hentikan (operasi) walaupun ia mempunyai tempoh masa,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Pada 3 Disember lepas, TDM dalam satu kenyataan mengesahkan kehilangan dua anggotanya semasa melakukan rondaan dalam Operasi Kota Echo/Foxtrot Siri 6/2024, kira-kira jam 8 pagi.

Iklan

Tujuh anggota yang terlibat ditemukan selamat kira-kira 12.30 tengah hari pada hari kejadian, namun Ahmad Zulhmi serta Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin daripada pasukan 21 Komando Kem Sungai Udang, Melaka, hilang.

Bagaimanapun, mayat Mohd Afandi yang berasal dari Matu, Sarawak dijumpai di tepi sungai kira-kira tiga kilometer dari kedudukan Markas Trup pada 1 Disember, dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan penyelamat.

Iklan

Zulkifli turut mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian yang berlaku.

"Saya minta semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk meneruskan operasi pencarian dan kita berharap mangsa dapat ditemukan secepat mungkin,” katanya. - Bernama