Harimau Malaya diundi bersama Vietnam, Nepal dan Laos

Iklan
Malaysia diundi dalam Kumpulan F bersama Vietnam, Nepal dan Laos.

HARIMAU Malaya mungkin boleh menarik nafas lega terlepas diundi dalam satu kumpulan dengan pasukan 'Pak Arab' pada pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027.

Bagaimanapun, skuad bola sepak negara itu tetap berdepan cabaran sukar menentang jaguh Asia Tenggara, Vietnam dalam Kumpulan F.

Iklan
Iklan

Selain Vietnam yang berada di ranking ke-116 dunia, Malaysia turut diundi bersama Nepal (175) dan Laos (186) dalam majlis undian yang berlangsung sebentar tadi.

Biarpun tidak berdepan pasukan dari negara Arab seperti Syria dan Lubnan, namun laluan Malaysia tidak boleh dikatakan mudah melihatkan kepada reputasi dimiliki Vietnam.

Iklan

Malah, rekod perlawanan sebelum ini juga sememangnya memihak kepada pasukan dengan gelaran Golden Star Warriors itu apabila menang 11 perlawanan daripada 13 pertemuan sejak 2012.

Justeru, skuad negara perlu melakukan persiapan rapi bagi memastikan dapat menjejakkan kaki ke saingan Piala Asia tersebut yang akan diadakan di Arab Saudi pada 2027.

Iklan

Hanya enam slot berbaki untuk ke Piala Asia itu dan juara bagi setiap kumpulan dalam pusingan ketiga kelayakan ini akan mara.

Untuk rekod, Malaysia sebelum ini berjaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia yang berlangsung di Qatar pada tahun lalu.