Impian anak penoreh ke MRSM tercapai

Iklan
Nurul Syafika menunjukkan surat tawaran MRSM yang diterimanya.

POKOK SENA - Impian seorang anak penoreh getah dari Kampung Seberang Paya Empa, di sini, melanjutkan pengajian menengah ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akhirnya tertunai.

Ibunya, Nor Hasniza Saad, 34, berkata, dia bersyukur anak perempuannya, Nurul Syafika Mohd Asri, 12, memperolehi keputusan baik dan ditawarkan ke MRSM Baling.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, katanya, anak sulung dari empat adik beradik itu mungkin terpaksa melupakan hasratnya, sekaligus melanjutkan pengajian di sekolah biasa sahaja memandangkan dia tidak berkemampuan.

"Akak hanya menyara hidup kami seisi keluarga dengan mengambil upah menoreh getah dengan pendapatan sekitar RM300 sebulan. Itupun, kepunyaan orang lain dan bukannya yang sendiri.

Iklan

"Apabila anak akak ditawarkan ke MRSM Baling, memang amat gembira. Bagaimanapun, kami bimbang tidak mampu membiayai kos pengajiannya, sekaligus melupakan hasrat belajar di sana," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia kini menarik nafas lega apabila ada pihak membantu mereka, antaranya dari segi yuran, sekaligus membolehkan impian anak perempuannya belajar di MRSM direalisasikan.

Iklan

"Tanpa sumbangan memang tak mampu. Jika tiada yang bagi sumbangan ini, anak akak mungkin belajar di sekolah biasa sahaja. Sebab itu, akak seronok bila ada orang bagi bantuan, sekurang-sekurangnya anak boleh mengaji MRSM," katanya.

Sementara itu, Nurul Syafika, 13, berkata, dia yang bercita-cita menjadi seorang guru demi mengubah nasib keluarga mereka amat teruja untuk masuk ke MRSM Baling pada 14 Januari depan.

Menurutnya, setakat ini, keluarganya sudah membuat persediaan membeli pakaian sekolah demi membolehkan dia masuk ke MRSM tidak lama nanti, dan dia berterima kasih atas bantuan dihulurkan pihak berkenaan sehingga membolehkan dia masuk ke MRSM.

Terdahulu, nasib Nurul Syafika mendapat perhatian Persatuan Bekas Pelajar MRSM (ANSARA) Kedah yang turun padang memberi sumbangan untuk keperluannya melanjutkan pengajian.

Ahli ANSARA merangkap Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, ANSARA Kedah turun padang memberi sumbangan kepada Nurul Syafika untuk persediaan memasuki MRSM beberapa hari lagi.

Katanya, ANSARA prihatin nasib anak golongan pendapatan rendah (B40) seperti Nurul Syafika yang berhasrat menyambung pengajian ke MRSM, sekaligus tampil membantu untuk meringankan beban keluarganya.

Dalam perkembangan sama, katanya, beliau berharap ada pihak tampil membantu membaiki rumah didiami keluarga Nurul Syafika demi membolehkan mereka hidup selesa.